Penyataan Penafian

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata dan buka pandangan agensi.

Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016 Dengan Penampilan Istimewa Neelofa.

Tarikh: 27 Ogos hingga  4 September 2016
Masa: 10 pagi hingga 9.00 malam
Tempat: Kuantan Parade Atrium 1 dan 2.
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016
Ekspo Buku Islam 15 Pahang ini adalah dengan kerjasama Sinergi Ilmu dan Kerajaan Negeri Pahang. Serta mendapat kerjasama Majlis Belia Pahang, Jawatankuasa Gerakan Membaca Pahang (Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang) dan Syria Care.
Pelbagai aktiviti diadakan bersempena Ekspo Buku Islam 15 Pahang ini, antaranya adalah:
1. Diskusi Ilmu dan Motivasi
2. Ramah mesra selebriti terkenal
3. Diskaunt menarik sehingga 80 peratus
4. Pertandingan peringkat sekolah.
5. "Food Truck"
6. Penampilan Tokoh dan Penulis Pahang dalam Ekspo Buku Islam 15 Pahang antaranya adalah: 

PENUTUPAN PERKHIDMATAN DI UNIT RUJUKAN DAN KOLEKSI NEGERI PAHANG, PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG (PUSAT)

MAKLUMAN
Kepada pelanggan Perpustakaan Awam Pahang,

PENUTUPAN PERKHIDMATAN DI UNIT RUJUKAN DAN KOLEKSI NEGERI PAHANG,  PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG (PUSAT)
Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Awam Pahang, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur sedang dalam persiapan berpindah ke bangunan baharu perpustakaan. Oleh yang demikian, perkhidmatan di Unit Rujukan dan  Unit Koleksi Negeri Pahang akan ditutup bermula pada 01 Mac 2016.
Perkhidmatan PPAP akan ditutup sepenuhnya kepada orang ramai pada 01 April 2016. Perkhidmatan  ini akan dibuka semula kepada umum di bangunan baharu PPAP pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan bolehlah menghubungi :-
1)    Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Dan Maklumat di talian 09-5163411/5141606
Kerjasama dari pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Laporan Penilian 'Proposed Integrated Iron and Steel Plant' terhadap Alam Sekeliling.

MAKLUMAN

Dimaklumkan  bahawa Laporan Penilaian kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) terperinci bertajuk “ Proposed Integrated Iron and Steel Plant on Lot PT19584 ( HSD 45228) at Malaysia –China  Kuantan Industrial Park , Mukim Sungai Karang, Daerah Kuantan ,Pahang Darul Makmur yang dikeluarkan oleh Alliance Steel Sdn Bhd ada dipamer di ruang Pameran Sirkulasi di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.Sehubungan itu,sekiranya tuan/puan berminat untuk membaca laporan tersebut tuan/puan dipersilakan datang ke Unit Sirkulasi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di alamat berikut :


Dipamerkan di Perpustakaan UTC Pahang, Kuantan.