Penyataan Penafian

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata dan buka pandangan agensi.

Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (TARIKH TUTUP: 21 MAC 2017)

Jawatan Kosong PPAP (Tutup 21 Mac 2017)
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
Pembantu Pustakawan Gred S19
Pembantu Operasi Gred N11

KLIK DISINI

Links bagi aktiviti mewarna.

Berikut telah disediakan links untuk mendapatkan gambar rama-rama untuk aktiviti mewarna. Anda boleh download atau salin kedalam ms word dan cetak. Jika melibatkan ramai peserta, anda boleh fotostat berdasarkan jumlah peserta.

[ KLIK ]

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2017

Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah merancang pelbagai aktiviti setiap bulan sepanjang tahun 2017. Sila berhubung dengan perpustakaan yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SENARAI AKTIVITI 2017

NOTIS KEAHLIAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

Setiap ahli perpustakaan perlu memperbaharui keahlian berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Perpustakaan Awam Pahang 2016.

TUNTUTAN WANG PERTARUHAN (DEPOSIT)
Pengguna boleh menuntut wang pertaruhan (deposit) dengan membawa bersama resit asal pendaftaran keahlian dengan kadar seperti berikut:
•Kanak-kanak: RM5
•Remaja: RM7
•Dewasa: RM10
* Tuntutan wang pertaruhan akan dibayar menggunakan Wang Pos.

KEAHLIAN KATEGORI DAN BAYARAN (RM) / SETAHUN
WARGANEGARA :
Dewasa RM10.00
Kanak-kanak RM10.00

BUKAN WARGANEGARA :
Dewasa RM20.00
Kanak-kanak RM20.00



BACA SELANJUTNYA

Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016 Dengan Penampilan Istimewa Neelofa.

Tarikh: 27 Ogos hingga  4 September 2016
Masa: 10 pagi hingga 9.00 malam
Tempat: Kuantan Parade Atrium 1 dan 2.
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016
Ekspo Buku Islam 15 Pahang ini adalah dengan kerjasama Sinergi Ilmu dan Kerajaan Negeri Pahang. Serta mendapat kerjasama Majlis Belia Pahang, Jawatankuasa Gerakan Membaca Pahang (Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang) dan Syria Care.
Pelbagai aktiviti diadakan bersempena Ekspo Buku Islam 15 Pahang ini, antaranya adalah:
1. Diskusi Ilmu dan Motivasi
2. Ramah mesra selebriti terkenal
3. Diskaunt menarik sehingga 80 peratus
4. Pertandingan peringkat sekolah.
5. "Food Truck"
6. Penampilan Tokoh dan Penulis Pahang dalam Ekspo Buku Islam 15 Pahang antaranya adalah: 

PENUTUPAN PERKHIDMATAN DI UNIT RUJUKAN DAN KOLEKSI NEGERI PAHANG, PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG (PUSAT)

MAKLUMAN
Kepada pelanggan Perpustakaan Awam Pahang,

PENUTUPAN PERKHIDMATAN DI UNIT RUJUKAN DAN KOLEKSI NEGERI PAHANG,  PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG (PUSAT)
Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Awam Pahang, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur sedang dalam persiapan berpindah ke bangunan baharu perpustakaan. Oleh yang demikian, perkhidmatan di Unit Rujukan dan  Unit Koleksi Negeri Pahang akan ditutup bermula pada 01 Mac 2016.
Perkhidmatan PPAP akan ditutup sepenuhnya kepada orang ramai pada 01 April 2016. Perkhidmatan  ini akan dibuka semula kepada umum di bangunan baharu PPAP pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan bolehlah menghubungi :-
1)    Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Dan Maklumat di talian 09-5163411/5141606
Kerjasama dari pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Laporan Penilian 'Proposed Integrated Iron and Steel Plant' terhadap Alam Sekeliling.

MAKLUMAN

Dimaklumkan  bahawa Laporan Penilaian kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) terperinci bertajuk “ Proposed Integrated Iron and Steel Plant on Lot PT19584 ( HSD 45228) at Malaysia –China  Kuantan Industrial Park , Mukim Sungai Karang, Daerah Kuantan ,Pahang Darul Makmur yang dikeluarkan oleh Alliance Steel Sdn Bhd ada dipamer di ruang Pameran Sirkulasi di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.Sehubungan itu,sekiranya tuan/puan berminat untuk membaca laporan tersebut tuan/puan dipersilakan datang ke Unit Sirkulasi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di alamat berikut :


Dipamerkan di Perpustakaan UTC Pahang, Kuantan.

PENANGGUHAN PERKHIDMATAN PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

MAKLUMAN PINJAMAN BUKU

Dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Pinjaman Buku di Perpustakaan Awam Pahang, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur akan dihentikan buat sementara waktu bermula pada 01/01/2016 bagi tujuan persiapan perpindahan ke bangunan baharu perpustakaan.

Info Lanjut:
KLIK DISINI.

EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015 DI KUANTAN PARADE

EKSPO BUKU ISLAM 14, PAHANG
26 SEPT - 4 OKT 2015
KUANTAN PARADE,KUANTAN
10.00 PAGI - 9.00 MALAM
★ Buku terbaik dan terbaharu daripada penerbit-penerbit terkenal tanahair
★ Diskaun yang menarik.
★ Pelbagai aktiviti menarik
★ Wang tunai bagi cabutan bertuah
untuk maklumat lanjut:
-KLIK DISINI-

Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan

Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan

1. DASAR PRIVASI

1.1. Privasi anda

(a) Blog ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan
dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

(b) Sekiranya anda menghantar komen dan maklum balas yang
mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi
bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan
perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di
dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari
agensi-agensi lain.

1.2. Hak agensi dalam pemaparan input pengguna
 (a) Agensi berhak untuk tidak memaparkan maklum balas atau input yang
tidak bersesuaian.

1.3. Maklumat Yang Dikumpul

(a) Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari bolg ini
kecuali nama dan alamat e-mel yang dikemukakan jika ingin
menghantar komen dan maklum balas melalui blog ini.

1.4. Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan ke blog atau laman
web yang lain?

(a) Blog ini mempunyai pautan ke blog dan laman web lain. Dasar privasi
ini hanya terpakai untuk blog ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa blog
dan laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai
dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya
meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap blog dan laman web
yang dilayari.

1.5. Pindaan Dasar

(a) Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini
di blog ini. Dengan melayari blog ini lebih kerap, anda akan
dikemaskini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan blog ini
dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam
keadaan tertentu.

2. DASAR KESELAMATAN

2.1. Perlindungan Data

(a) Data yang dikemukakan akan dilindungi. Pematuhan kepada standard
keselamatan adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak
dibenarkan.

2.2. Keselamatan Storan

(a) Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan
dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan
yang sesuai.

2.3. Akta

(a) Pengguna blog perlu mematuhi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.